FAQ - Soalan Lazim
12 Mar 2021

A. FAQ MyBayar Saman

  1. Siapa yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan portal MyBayar?
    Individu: rakyat Malaysia dan penduduk tetap Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

  2. Apakah keperluan untuk mendaftar dan menggunakan portal MyBayar?
  3. Individu yang memenuhi syarat mesti mempunyai rekod atau transaksi dalam Sistem MyBayar.

  4. Bagaimana cara pengguna baru untuk mendaftar di portal MyBayar?
  5. Pengguna baru boleh mengakses butang daftar dan akan terus ke halaman pendaftaran pengguna untuk mengisi semua butiran yang diperlukan.

  6. Apakah tujuan nombor kad pengenalan pengguna semasa mendaftar di portal MyBayar?
  7. Penggunaan nombor kad pengenalan merupakan satu inisiatif ke arah menjalankan urusan dalam talian dengan jaminan pengesahan identiti dan keselamatan data pengguna.

  8. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pengguna yang lupa kata laluan akaun portal MyBayar?
  9. Pengguna perlu tetapkan semula kata laluan dengan mengakses butang “lupa kata laluan?”.

  10. Setelah membuat pembayaran di portal MyBayar, berapa jangka masa yang diambil oleh sistem untuk mengemaskini rekod pengguna?
  11. Rekod saman dikemas kini sejurus pengguna membuat pembayaran. Resit akan dihantar melalui emel berdaftar dalam tempoh 48 jam.

  12. Bagaimana jika pembayaran yang dilakukan melalui portal MyBayar tidak berjaya?
  13. Jika pembayaran dilakukan di portal MyBayar tidak berjaya, pengguna perlu membuat aduan dengan e-mel kepada mybayar@rmp.gov.my.

  14. Apakah kelebihan menggunakan khidmat portal MyBayar selain daripada saluran pembayaran bagi saman PDRM?
  15. Pengguna yang mendaftar dan melakukan pembayaran di portal MyBayar tidak akan dikenakan sebarang bayaran tambahan selain daripada saman kesalahan lalu lintas.

  16. Bagaimana untuk memastikan pengalaman dalam talian yang selamat semasa pengguna mengakses portal MyBayar?
  17. Jangan berkongsi kata laluan akaun anda dan pastikan log keluar akaun MyBayar anda setelah selesai membuat transaksi sebelum mengunjungi laman web lain.

  18. Bagaimana saya tahu bahawa pembayaran saya berjaya?
  19. Setelah pembayaran berjaya, anda dapat melihat pembayaran sebelumnya dalam sejarah pembayaran. Anda boleh menghasilkan dan mencetak resit. Resit akan diterima dalam emel yang berdaftar dalam tempoh 48 jam.

  20. Adakah pengguna MyBayar dapat membuat semakan/ bayaran bagi pihak individu lain?
  21. Tidak.

B. FAQ Umum

  1. Apakah yang perlu dilakukan jika rekod saman kesalahan lalu lintas dengan nombor pendaftaran kenderaan sama tetapi bukan kenderaan milik saya?
  2. Pesalah perlu pergi ke cawangan trafik yang mengeluarkan saman dan seterusnya membuat aduan di bahagian trafik untuk penafian. Pesalah perlu memberi maklumat jenis kenderaan yang menggunakan no pendaftaran sama. Setelah aduan selesai, pesalah dinasihatkan memeriksa mana-mana cawangan trafik atau portal MyBayar sama ada saman telah dibatalkan.

  3. Apakah kesan sekiranya membiarkan saman tertunggak?
  4. Kesan daripada meninggalkan saman yang belum dijelaskan boleh mengakibatkan pesalah disenarai hitam dan dikeluarkan waran tangkap sehingga mengakibatkan pengguna tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu. Pengguna hanya akan dikeluarkan dari senarai setelah menyelesaikan semua saman tertunggak.

C. FAQ - FPX

  1. Bolehkah saya membayar menggunakan FPX?
  2. Ya, anda boleh menggunakan FPX sekiranya anda mempunyai akaun perbankan internet yang aktif dengan mana-mana bank yang menyertai FPX. Tiada pendaftaran diperlukan apabila menggunakan FPX.

  3. Berapakah had minimum dan maksimum transaksi bagi menggunakan FPX?
  4. Bagi akaun perbankan peribadi, had minimum bagi setiap transaksi adalah RM1.00 dan jumlah maksimum adalah terhad sehingga RM30,000 bagi setiap transaksi.

    *Tertakluk had transaksi perbankan internet anda dan had transaksi yang ditetapkan oleh bank, yang mana lebih rendah.

  5. Saya telah membuat pembayaran menggunakan FPX, bagaimanakah saya boleh memastikan bahawa transaksi bayaran berkenaan berjaya?
  6. Terdapat tiga kaedah semakan untuk memastikan transaksi bayaran berkenaan telah berjaya:
    • Resit dalam talian yang disediakan oleh sistem FPX.
    • Pemberitahuan secara e-mel yang dihantar oleh sistem FPX berdasarkan alamat e-mel semasa anda mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman.
    • Resit dalam talian yang disediakan oleh bank pembayar.

  7. Ketika membuat bayaran menggunakan FPX, saya telah menerima mesej ralat/ transaksi bayaran tidak berjaya. Walau bagaimanapun, wang bayaran telah ditolak dari akaun bank saya. Apa yang patut saya lakukan?
  8. Jika wang dari akaun anda ditolak tetapi transaksi berkenaan tidak berjaya kerana beberapa sebab maka wang anda akan dikreditkan kembali ke akaun bank pembayar oleh pihak bank berkenaan. Anda dinasihatkan menghubungi pihak bank pembayar untuk mendapatkan status bayaran balik dengan memberikan FPX Transaction ID atau Merchant Order No. sebagai rujukan. Sebagai pembuktian, anda juga boleh menyertakan tangkap layar bayaran di telefon mudah alih anda yang memaparkan FPX Transaction ID atau Merchant Order No. untuk memudahkan pihak bank.

  9. Sekiranya pihak PDRM memaklumkan masih belum menerima pembayaran kompaun saman walaupun status transaksi FPX berjaya. Apa yang patut saya lakukan?
  10. Status transaksi FPX adalah muktamad dan pihak bank bertanggung jawab untuk mengemas kini pembayaran anda tepat pada masanya. Dalam isu ini, anda harus menghubungi PDRM melalui e-mel mybayar@rmp.gov.my untuk mengesahkan bayaran kompaun saman berkenaan. Anda boleh memberikan maklumat yang diperlukan seperti resit dalam talian yang dikeluarkan oleh FPX/ merchant atau pemberitahuan e-mel yang diterima daripada FPX yang mengandungi butiran berikut:
    • FPX Transaction ID
    • Merchant Order No.
    • Jumlah pembayaran
    • Tarikh dan masa pembayaran

  11. Bolehkah saya membatalkan transaksi FPX yang berjaya?
  12. Tidak boleh, transaksi FPX yang berjaya tidak mungkin boleh dibatalkan melalui sistem MyBayar Saman. Walau bagaimanapun, anda boleh memohon PDRM untuk pembatalan berkenaan, tertakluk kepada dasar PDRM.

  13. Bagaimana saya ingin mendapatkan pengesahan bayaran kompaun saya berkaitan dengan FPX?
  14. Bagi tujuan pengesahan dan penjelasan lanjut bagi pertanyaan yang berkaitan dengan FPX, sila hubungi bank pembayar yang telah menyempurnakan bayaran kompaun saman anda.

  15. Adakah transaksi saya melalui FPX benar-benar selamat?
  16. Ya, transaksi bayaran kompaun saman melalui FPX dijamin selamat FPX menggunakan piawaian yang tinggi bagi pengesahan dan pensijilan untuk memastikan semua transaksi adalah selamat.

  17. Apakah ketersediaan perkhidmatan FPX?
  18. Perkhidmatan FPX adalah 24 jam setiap hari di semua bank yang menyertai FPX.
    *Tertakluk pada ketersediaan perkhidmatan perbankan internet bank yang menyertai FPX.

  19. Adakah perkhidmatan FPX dikhususkan bagi pembayaran individu sahaja?
  20. Tidak, perkhidmatan FPX menyokong pembayaran oleh individu dan syarikat tertakluk kepada model yang disediakan oleh bank pembayar. Pembayaran yang dibuat oleh individu dikenali sebagai Model Business to Consumer (B2C), sementara pembayaran yang dilakukan oleh syarikat dikenal sebagai Model Business to Business (B2B).

  21. Jika saya mempunyai masalah berkaitan pembayaran kompaun saman dengan PDRM, siapakah yang boleh saya hubungi?
  22. Anda boleh menghantar pertanyaan berkenaan melalui alamat e-mel mybayar@rmp.gov.my, Pusat Panggilan Setempat (Call Centre) 603-22663346/47 dan melalui surat dialamatkan kepada Pusat Panggilan Setempat, Cawangan Pengurusan Saman, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman 50560 Kuala Lumpur.

D. FAQ - Kad

  1. Bolehkan saya membayar saman menggunakan kad secara atas talian?
  2. Ya, anda boleh membayar saman dalam talian menggunakan kad debit, kad kredit dan kad prabayar (prepaid) yang sah.

  3. Bagaimanakah saya boleh memastikan bahawa transaksi bayaran berkenaan berjaya?
  4. Terdapat 3 (tiga) kaedah semakan untuk memastikan transaksi bayaran berkenaan telah Berjaya:
    • Notifikasi transaksi dari bank pengeluar kad anda melalui khidmat pesanan ringkas, e-mel atau applikasi mobil.
    • Resit pembayaran (dalam talian) dari portal / applikasi MyBayar Saman.
    • Kod pengesahan transaksi dari portal bayaran kad.


  5. Perlukan saya memaklumkan kepada pihak PDRM atau pihak bank selepas saya berjaya membuat pembayaran melalui portal/applikasi MyBayar Saman?
  6. Anda tidak perlu menghubungi pihak PDRM atau bank kerana maklumat bayaran akan dikemaskinikan secara automatik.

  7. Apakah jenis kad yang diterima untuk pembayaran melalui portal/applikasi MyBayar Saman?
  8. Anda boleh membayar menggunakan kad debit, kad kredit dan kad pra-bayar (prepaid) jenama Mastercard dan Visa.

  9. Apakah tindakan yang perlu saya ambil sekiranya transaksi tidak berjaya tetapi baki akaun saya telah ditolak atau kad kredit saya telah di caj?
  10. Anda dinasihatkan supaya menghubungi bank pengeluar kad anda bagi menyemak status bayaran dan memaklumkan pada pihak bank untuk tindakan lanjut.

  11. Mengapa saya masih gagal membuat pembayaran walaupun telah mencuba beberapa kali?
  12. Anda dinasihatkan supaya menghubungi bank pengeluar kad anda bagi menyemak status kad/akaun anda. Beberapa kemungkinan transaksi gagal disempurnakan adalah:
    • Baki dalam akaun simpanan/semasa yang dipautkan dengan kad debit atau baki had limit akaun kad kredit anda tidak mencukupi.
    • Jumlah pembayaran anda melebihi had perbelanjaan harian yang ditetapkan pada kad anda.
    • Fungsi penggunaan kad bagi tansaksi tanpa kad (kad tidak hadir / card not present) tidak diaktifkan.


  13. Apa yang patut saya lakukan sekiranya pihak PDRM memaklumkan masih belum menerima pembayaran kompaun saman walaupun status transaksi berjaya?
  14. Anda boleh menghubungi PDRM melalui e-mel mybayar@rmp.gov untuk mengesahkan bayaran kompaun saman berkenaan dengan memberikan maklumat yang diperlukan seperti resit yang dikeluarkan oleh portal/applikasi MyBayar Saman.

  15. Bolehkah saya membatalkan transaksi kad debit atau kad kredit yang berjaya?
  16. Sebarang permohonan pembatalan perlulah melalui pihak PDRM, tertakluk kepada terma dan syarat portal/applikasi MyBayar Saman.

  17. Adakah maklumat kad debit atau kad kredit saya selamat digunakan di portal/applikasi MyBayar Saman?
  18. Maklumat kad anda selamat digunakan melalui portal/applikasi MyBayar Saman 3-D Secure (3-domain secure) dan setiap transaksi yang dilakukan memerlukan pengesahan pembayaran dengan memasukkan One Time Password (OTP) yang dihantar kepada nombor telefon bimbit atau applikasi mobil yang anda daftarkan dengan bank pengeluar kad anda. Jika saya mempunyai masalah berkaitan pembayaran kompaun saman dengan PDRM, siapakah yang boleh saya hubungi? Sebarang pertanyaan boleh dihantar ke alamat e-mel mybayar@rmp.gov.my dan melalui surat ke alamat Pusat Panggilan Setempat, Cawangan Pengurusan Saman, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman 50560 Kuala Lumpur.

  19. Jika saya mempunyai masalah berkaitan pembayaran kompaun saman dengan PDRM, siapakah yang boleh saya hubungi?
  20. Sebarang pertanyaan boleh dihantar ke alamat e-mel mybayar@rmp.gov.my dan melalui surat ke alamat Pusat Panggilan Setempat, Cawangan Pengurusan Saman, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman 50560 Kuala Lumpur.