Tips Keselamatan Dalam Talian
PDRM sangat komited untuk memastikan bahawa semua transaksi yang dilakukan melalui perkhidmatan dalam talian kami adalah selamat berdasarkan Prinsip Sistem Kawalan.
Setiap pengguna mesti memilih ID pengguna dan kata laluan untuk mengelakkan akses yang tidak dibenarkan, termasuk:
- ID pengguna dan kata laluan
- Perlindungan maklumat
- Keselamatan dan pemantauan sistem
- Perlindungan virus komputer
- Mengemas kini browser anda
- Panduan keselamatan
Setiap pengguna mesti memilih ID pengguna dan kata laluan untuk mengelakkan akses yang tidak dibenarkan, termasuk:
- Minimum 8 aksara alfanumerik, maksimum 12 aksara.
- Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 huruf kecil.
- Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 simbol seperti; * $ &.
- Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 huruf besar.
- Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 nombor.
- Jangan gunakan tarikh lahir, nama, atau nombor telefon.
- Jangan tulis kata laluan.
- Jangan sesekali mendedahkan atau berkongsi kata laluan dengan orang lain.
- Kerap menukar kata laluan.
- Sentiasa log keluar dari MyBayar Saman sebaik sahaja selesai melakukan transaksi dan sebelum melayari laman web lain.
- Pastikan tidak ada yang dapat mengakses komputer anda atau mencatat aktiviti dalam talian anda.
- Nyahaktifkan fungsi “AutoComplete” pada “browser” untuk mengelakkan pengisian ID Pengguna secara automatik.
- Pastikan komputer telah dilengkapi dengan program perlindungan anti-virus.
- Jangan sesekali membuka lampiran dari orang lain kecuali sumber yang dipercayai.
- Kosongkan secara berkala semua cookie, cache, dan temporary file dari sejarah browser.
- Sentiasa mengemas kini browser semasa versi baru dikeluarkan. Versi browser baru selalunya dilengkapi dengan fungsi keselamatan yang terkini.
- Periksa kesahihan setiap laman web sebelum masuk.
- Jangan pasang sambungan yang tidak perlu ke browser.
- Jangan berkongsi kata laluan anda dengan rakan, saudara, atau sesiapa sahaja.
- Tukar kata laluan anda dengan kerap.
- Jangan gunakan fungsi "ingat kata laluan".
- Jangan berikan maklumat atau kata laluan akaun anda melalui e-mel dan telefon.
- Kosongkan cache anda setiap kali anda log keluar.