Terma & Syarat
12 Mar 2021
PENGGUNA TELAH MEMILIH AKSES KE HTTPS://MYBAYAR.RMP.GOV.MY/. SILA BACA TERMA DAN SYARAT INI SEBELUM MENERUSKAN AKSES. TERMA DAN SYARAT YANG BERIKUT TERPAKAI UNTUK AKSES PENGGUNA, PENGGUNAAN LAMAN SESAWANG, APLIKASI MUDAH ALIH DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PDRM. DENGAN MENEKAN BUTANG KLIK TERMA DAN SYARAT, ANDA BERSETUJU UNTUK MEMATUHI TERMA DAN SYARAT INI TANPA HAD ATAU KELAYAKAN. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT INI, SILA HENTIKAN AKSES ANDA.

Penggunaan perkhidmatan
Pengguna mestilah mematuhi sebarang dasar yang telah ditetapkan semasa menggunakan perkhidmatan ini. Pengguna dilarang mengaksesnya menggunakan kaedah selain “interface” dan arahan yang telah disediakan. Kami mungkin menyekat akses pengguna sekiranya pengguna gagal mematuhi syarat dan polisi kami atau jika terdapat salah laku. PDRM tidak memberikan pemilikan terhadap harta intelek atau kandungan yang diakses kepada pengguna. Pengguna tidak boleh menggunakan kandungan perkhidmatan kami melainkan dibenarkan oleh PDRM. Syarat-syarat ini tidak memberi hak kepada pengguna untuk menggunakan tanda dagangan atau logo yang digunakan dalam perkhidmatan kami. Pengguna dilarang mengubah mana – mana notis perundangan yang dipaparkan di perkhidmatan PDRM.

Akaun MyBayar Saman anda
Pastikan kata laluan anda sulit agar akaun anda dilindungi. Anda bertanggungjawab untuk setiap aktiviti yang berlaku di dalam atau melalui akaun anda.

Pautan yang berkaitan dengan PDRM
Laman sesawang yang dipautkan dari dan ke laman sesawang ini dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan bukan di bawah kawalan PDRM. Oleh itu, PDRM tidak memberikan jaminan dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan laman sesawang tersebut, pihak ketiga yang disebut di dalamnya atau produk dan perkhidmatan mereka. Pautan ke laman sesawang lain adalah atas risiko anda sendiri dan PDRM tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gantirugi yang berkaitan dengan pautan tersebut. Anda disarankan untuk membaca pernyataan dasar privasi (jika ada) dari mana-mana laman sesawang yang dipautkan ke laman sesawang ini.

Notis perlindungan data dan dasar privasi
Pengguna bersetuju bahawa PDRM akan menggunakan data peribadi mengikut terma dan syarat Dasar Privasi. Pengguna memberi persetujuan untuk PDRM mengesahkan identiti pengguna dengan entiti atau agensi lain untuk mematuhi sebarang keperluan undang-undang atau peraturan yang berkaitan perkhidmatan PDRM. Pengguna menerima bahawa kami mungkin perlu menyemak semula Notis Perlindungan Data dan Dasar Privasi dari semasa ke semasa. Semua semakan akan dimaklumkan dengan segera melalui laman sesawang dan aplikasi ini.

Tanda dagangan
Semua tanda dagangan dan logo yang dipaparkan di laman sesawang ini adalah hak milik PDRM. Tiada hak atau lesen yang diberikan kepada mana-mana pihak yang mengakses laman web ini untuk mengguna, menyalin atau mengubah tanda dagangan atau logo tersebut melainkan telah mendapat kebenaran bertulis PDRM sebelumnya.